Cuti Sem Pertama

Assalamualaikum,

Dengan tamatnya Final Exam terakhir subjek Bahasa Arab 1, maka berakhirlah Sem 1 Hanis di Institut Profesional Baitulmal =) Hoorayyy!!! Happy gilos u alls hahaha. Pejam celik,pejam celik habis dah sem 1 ... Rasa macam baru je Hanis sambung belajar dekat IPB course Diploma Pengajian Muamalat . Now dah cuti sem,cuti sem sebulan nanti naik balik dah sem 2~ Sem 2 semestinya lebih mencabar kann. Hanis tengok sem 2 ada subjek matematik lah, arab 2 lah, akaun-akaun bagai ni yang lemah niii! Hanis bab subjek baca-baca boleh lah score jugak,tapi bila masuk subjek yang memerlukan pengiraan ni sumpah Hanis fail ! Risau jugak lah nak menempuh sem 2 ni hmm.


Hasil carian imej untuk sem break


Apapun,wish me luck ok =)  . Hanis akan cuba mana yang mampu. And Hanis nak ucapkan goodluck kepada semua pelajar yang bakal masuk IPB intake 2 bulan 9 ni. Ramai jugak eh yang wassap Hanis dekat 30 orang jugak . Sorry lah kadang-kadang tak terlayan semuanya. Ter reply lambat lahh. Harap fahamlah ye,Hanis ada kelas jugak dekat IPB bukannya duduk mereput je dalam bilik hihi. Dan kadang-kadang tu ada 4 orang serentak tanya pasal IPB sampai tak menang tangan Hanis dibuatnya -_-' . Ter typo tu usah dicakaplah ,banyak kali kann? Hanis mohon ampun ~ Lagi satu, Hanis bukanlah CEO IPB so tak semua benda Hanis tahuu... Hanis jawab mana yang Hanis tahu je tau ! hehehe. Btw, ada yang cakap nanti jumpa dekat IPB nak tegur Hanis lah bagai, Hanis ok je =) , cuma kalau Hanis tak cam korang jangan merajuk pulak yee~



Sekian,salah silap harap diampun and GOODLUCK SEMUA !!!



2 comments