Review Novel : Meh, Sandar pada aku ! | Karya Seni

Assalamualaikum ,


Tajuk : Meh, Sandar pada aku !
Penulis : Aifa Batrisya
Harga : RM 22


Sinopsis
Kata orang, tak kenal… maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja… buat apa? -Afnan Tasneem
Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.
Berdepan dengan spesies lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!
“Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?”
“Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?”
“Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!”
Dalam marah, dalam herdik… tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.
“Aku apa?”
“Tak ada apa-apa, Doktor Syed...”
“Aku tanya sekali lagi. Aku apa?”
“Errr… Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?”
Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah.
Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?

Review Novel
Novel ini merupakan novel cinta . hahaha ok novel cinta yang penuh dengan lawak yang boleh buat korang ketawa . Lagi-lagi part si Afnan yang ceria tetapi lurus bendul itu . Doktor Syed pulak jenis macam kejam dan takde perasaan sombong dan dianggap spesis lelaki terancam bagi si Afnan . Sebab apa? Korang kena baca sendiri lah~ Novel ini tak ada beza sangat dengan novel cinta yang lain sebab ceritanya boleh dijangka kann memang last-last diorang bersama . Tapi, kalau korang memang peminat novel jenis cinta komedi romantik seperti ini Hanis jamin korang akan layan punyalahh !!! Macam Hanis ini, sebenarnya dah bosan baca novel cinta sebab tu macam emm emm hambar hahaha . Hanis minat baca novel yang kesudahannya tak dapat dijangka or lari jauh dari jangkaan hanis contohnya novel Fixi hihihi . Btw, rasanya tak rugi kot kalau korang beli novel ini sebab novel ini bakal dijadikan DRAMA uallss !!! Pelakonnya Mira Filzah dan Alif Aziz lagi WOW memang layanlah kalau korang dah baca novel ini dulu . So, enjoy !!!

Sekian, 

0 comments