Review Novel : Qarin | Buku Prima

Assalamualaikum,


Tajuk : Qarin
Penulis : Illya Abdullah
Harga : RM 23


Sinopsis
Mangsa-mangsanya daripada kalangan penjenayah yang bebas daripada tuduhan salah laku. Cepat atau lambat dia akan memburu mereka. Maut akan menanti mereka. Pembunuhan kejam yang berlaku seperti bukan kerja seorang manusia. Tiada kesan dan jejak ditinggalkan oleh si pembunuh yang licik.

Bayang-bayang hitam yang mengekori Faris menakutkan Asmida, seorang gadis yang terbuka hijabnya melihat makhluk-makhluk halus itu. Asmida turut mendapat petanda-petanda ngeri mangsa-mangsa pembunuh kejam itu seterusnya. Faris pula buntu apabila mengetahui bayang-bayang hitam yang sentiasa berbisik di telinga itu adalah QARIN.

QARIN yang dahagakan darah manusia. Faris tidak akan mengikut telunjuk QARIN. Dia bukan seorang pembunuh! Apabila rahsia lama cuba disingkap, segalanya terdedah satu per satu. Faris, QARIN dan seorang lelaki yang sudah mati bernama Nazrin Shah saling berkaitan rapat.



Review Novel 
Novel Qarin ini Hanis beli masa Pesta Buku Karangkraf baru-baru ini tapi baru Hanis habiskan dalam minggu lepas disebabkan agak busy sikit hehehe . Bagi Hanis lah, novel ni not badlah . Tapi novel ini lebih kepada ngeri and kejam bukannya seram . Seram tu adalah juga tapi bagi Hanis tidaklah terlalu seram sampai boleh termimpi-mimpi... or ikut dibelakang anda kihkihkih . Sesiapa yang memang jenis minat dekat novel yang jenis kerat-kerat , bunuh-bunuh , penggal kepala , rebus jantung (eiiyak!!!) dan macam-macam benda yang menggelikan dan memualkan anak tekak haa bacalah novel ini. hahaha macam lain macam je novel ni kan ? Nak tahu lebih ? belilah =) . Disamping santai membaca ,dapat menambah ilmu pengetahuan ye dak hehehe .


Sekian, 




0 comments