Isnin, 22 Mei 2017

Pengalaman Umrah dan Ziarah (PART 5)

12:13 PTG 1 Comments
Assalamualaikum,



Bersambung dari SINI. Harini (hari ke-6) merupakan hari terakhir kami di Madinah.Perkara pertama yang perlu kami buat sebelum meninggalkan bumi Madinah ialah Ziarah Wada' . Ziarah Wada' bermaksud selamat tinggal Ya Rasulullah. Kami perlu mengadap ke kubah hijau untuk berdoa buat kali terakhir di bumi Madinah ini. 

Selesai ziarah Wada', kami pulang ke bilik masing-masing untuk mandi sunat ihram dan menyiapkan diri dalam keadaan berihram. Yang lelaki pakai kain ihram yang berwarna putih itu manakala yang perempuan pakai pakaian yang menutup aurat dan niatkan pakaian tersebut sebagai pakaian ihram kita. 

Kami menaiki bas menuju ke Makkah. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam dari Madinah ke Makkah. Kami singgah di Masjid Bir Ali untuk bermiqat. Bir Ali adalah tempat miqat bagi penduduk madinah atau jemaah yang datang dari arah Madinah yang mahu mengerjakan Haji atau Umrah. Jarak daripada Masjid Nabawi ke Masjid Bir Ali adalah lebih kurang 10KM, manakala jarak daripada Bir Ali ke Makkah adalah lebih kurang 425KM. Ianyanya merupakan jarak miqat yang paling jauh tau dan para jemaah perlu menjaga pantang larang sepanjang berada dalam ihram.

Hasil carian imej untuk masjid bir ali
Masjid Bir Ali


Pada jam 11 malam akhirnya kami tiba di Makkah. Kami diberi masa 1 jam untuk masuk ke bilik hotel dan mengemas apa yang patut. Jadi pukul 12 malam baru kami bergerak ke Masjidil Haram untuk melakukan Umrah wajib. Untuk umrah wajib ni tak sempat nak tangkap gambar sebab masing-masing sibuk mahu menyelesaikan umrah yang wajib ini. Kami semua menunaikan umrah wajib di malam hari jadi tiada masalah kepanasan yang melampau kerana tidak berada dibawah terik panas matahari. Cuaca sejuk je kita itu so nice orang kata, Allhamdulillah.

Hanis dan Umi Hanis yang mendokong Mina memulakan tawaf mengelilingi kaabah bersama-sama. Namun,kami terpisah ketika melakukan tawaf. Antara perkara yang membatalkan pusingan tawaf kita adalah memusingkan badan ke belakang untuk mencari orang ataupun melakukan pusingan dengan niat untuk mencari orang yang terpisah dengan kita. Jadi umi Hanis dah pesan awal-awal kalau berpisah tak payah cari umi...terus je tawaf nanti kita jumpa je dekat saie. Apa itu tawaf? Tawaf merupakan perlakuan mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali. Tawaf adalah salah satu perlakuan ibadah yang dilakukan oleh orang muslim dan hanya dilakukan di Masjidil Haram. Tawaf perlu dilakukan dalam keadaan berwuduk.


Setelah selesai tawaf mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali, Hanis melakukan solat sunat tawaf. Setelah selesai solat sunat tersebut, Hanis terus menuju ke Saie. Saie merupakan perbuatan yang dilakukan dengan berlari-lari anak atau berjalan cepat sebanyak 7 kali ulang-alik yang dimulai dari Bukit Safa' dan berakhir di Bukit Marwah. Ibadah saie ini tidak memerlukan kita berada dalam keadaan berwuduk. Dan kita boleh berjalan bersama kawan-kawan tanpa membatalkan pusingan saie kita. Semasa saie ke 5 Hanis berjumpa dengan umi Hanis yang membawa Mina. Umi Hanis ketika itu baru pusingan yang ke-3 jadi Hanis ambil Mina dan berehat di tepi kawasan saie. Kemudian kami sama-sama beriringan menyelesaikan saie kami.



Setelah selesai melengkapkan 7 kali ulang alik ketika saie, akhirnya tibalah waktu untuk bercukur. Bagi lelaki lebih afdal dengan membotakkan kepala mereka tetapi tetap masih sah jika tidak membotakkan keseluruhan rambut. Bagi wanita cukup 3 helai hujung rambut sahaja sebagai syarat. 

Allhamdulillah, selesai sudah tawaf,saie dan bercukur. Ini bermakna sudah selesailah Umrah Wajib kami dan berakhirlah pantang larang yang perlu kami jaga dari mulai berniat ihram di Masjid Bir Ali tadi. Syukur Allhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Kami selesai semunya lebih kurang jam 3 ke 4 pagi jadi kami menunggu sebentar sehingga masuk waktu solat subuh untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah.

Selepas solat subuh,kami pulang ke hotel dan kemudian pengsan kepenatan di dalam bilik...penat sangat sebab perjalanan+umrah dalam satu hari. Hanis rasa Hanislah paling lama tidur hehehe pukul 9 pagi baru bangun huhuhu memang tidur mati orang kata. Penat tapi puas hati sebab berjaya buat umrah ! Yeahh!!!

bersambung...(PART 6)



Selasa, 16 Mei 2017

Selamat Hari Guru !

9:41 PG 4 Comments
Assalamualaikum,

Hasil carian imej untuk selamat hari guru

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua tenaga pengajar diluar sana yang sudah banyak berkongsi ilmu dan memberikan tunjuk ajar kepada anak-anak didik. 

Selamat hari Ibu juga kepada guru-guru yang mempunyai anak macam umi Hanis hehehe. Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru Umi Haslina bt Husin =)

Takde siapa ke nak ucap Selamat Hari Guru dekat Teacher Hanis ni? hahaha Hanis oii tak payah nak melebih Hanis tu jadi Teacher budak taska dengan tadika je itu pun 3 tahun lepas memang dorang takkan ingat punya sobsob. Hanis rindu anak Hanis budak taska 10 orang...





Isnin, 15 Mei 2017

Pengalaman Umrah dan Ziarah (PART 4)

11:13 PG 2 Comments
Assalamualaikum,



Bersambung dari post sebelum ini (KLIK SINI) , hari ke-4 dan ke-5 merupakan hari jemaah bebas untuk melakukan ibadah di Masjid Nabawi. Sebelum ini pernah sahaja kitaorang pergi solat berjemaah di Masjid Nabawi ini. Cuma hari ini dapat pergi banyak waktu solat sebab tiada apa-apa aktiviti lain. 

Disebabkan hotel kami yang agak jauh dari Masjid Nabawi...Hanis, Umi dengan Abah bergilir-lilir angkat mina. Tapi kalau dapat dekat Hanis memang kebanyakannya Hanis akan paksa mina jalan sendiri...hehehe walaupun caranya adalah Hanis kena buat-buat macam kena kejar hahaha. Dan kadang-kadang Hanis yang kena kejar budak kecik ni... haih la mina penghibur hati. Tidak kisah pun jadi macam budak-budak dekat sana sebab Hanis tahu kalau Hanis tidak jadi macam budak-budak main dengan Mina,dia akan kebosanan. Almaklumlah adik beradik yang lain semua dekat Malaysia... Hanis ni yang sulung,Mina yang bongsu. Kenalah layan si bongsu yang istimewa ini =)

Budak taknak jalan sebab nak akak angkat dia dekat belakang


Pada waktu solat Zohor dan Asar agak panas sikit sepanjang laluan so memang kami akan jalan laju-laju. Dan kebiasaannya orang ramai sangat pada setiap waktu solat so memang kena gerak awal kalau nak dapat masuk dalam masjid. Lambat sikit solat diluarlah anda-anda semua yee. 

Dekat tanah suci ni semua orang berebut nak solat dalam Masjid Nabawi walau dengan apa cara pun mereka tetap nak juga. Kadang ada jemaah yang datang lambat tetap nak masuk solat dalam masjid sehingga diorang sanggup duduk menyelit diantara saf kita yang sedia sempit tau ! Kadang ada yang duduk terus depan kita sampai kita ni sujud dekat kaki dia. Ada juga 2 orang yang berebut saf mahu masuk sebelah kita yang sempit tapi apabila seorang dapat masuk,yang lagi seorang marah-marah sebab tak dapat masuk saf.

Diorang ini sanggup buat apa sahaja asalkan dapat solat dalam Masjid Nabawi ini tanpa memikirkan perasaan dan ketidakselesaan jemaah lain. Jadi kita semua diharap banyak-banyak bersabar dengan kerenah jemaah dari negara lain. Budaya diorang dengan budaya kita berbeza. Mungkin kita orang Malaysia sudah terbiasa dengan sikap sopan santun dan lemah lembut serta menjaga hati. Mungkin cara mereka lain? Berbaik sangka sahaja dekat sana yee...Banyakkan bersabar.

Hanis dengan umi pun banyak kali kena macam tu. Sabar sahajalah yang mampu. Kadang tu sempit sangat bila orang masuk sampai nak duduk antara 2 sujud pun tak muat tau huhu tahiyat akhir lagilah jauh sekali. Tempat sujud pun kadang tak ada hahaha. Mina tak payah cakaplah terkepit terus bangun terus dia sebab takde ruang. Takpelah faham semua mengejar pahala solat dalam masjid Nabawi tuu... So lama-lama kami pun dah lali dengan situasi tersebut.

Di hadapan pintu ruangan solat wanita

Adik Hanis si Azmina ni pulak sangatlah murah rezeki tau! Asal datang masjid je macam-macam mina dapat. Ada orang kasi mina makananlah, minyak wangilah,kayu sugilah haih murah sungguh rezeki awak budak kecikk... Bila mina dapat makanan alang-alang tu akak dia ni lah yang mencukainya... Saya lapar okey sebab waktu makan selepas zohor selepas itu waktu makan seterusnya selepas habis solat Isyak tauu... memang meratah biskut yang mina dapatlah jawabnya hahaha. Biasanya kitaorang duduk masjid je dari waktu Asar hingga Isyak sebab kalau balik hotel pun bukan ada makanan hihihi. Dalam masjid boleh juga baca Al-Quran, rehat-rehat, kacau minaa (eh? hahaha)

 Terduduk kepenatan separuh jalan di perkarangan Masjid Nabawi

Walaupun perjalanan jauh, jemaah lain yang menguji kesabaran tapi banyak manisnya tau dapat berada di sana. Rasa tenang tu MasyaAllah. Kalau marah pun sekejap je hilang terus okey balik hehehe. Umi selalu tegur kenapa kakak marah mina padahal Hanis marah manja je kot huhuhu Hanis suka mengusik dia geram sangat hahaha. Rasanya tak pernahlah rasa marah yang berpanjangan sepanjang berada di Madinah. Rasa asik nak senyum adalah hehe rasa bahagia tahuuu... Tapi perangai nakal nak mengusik mina tu masih ada hehehe tengoklah gambar tu mina tarik muncung sebab kena paksa duduk atas riba kakak sebab umi nak tangkap gambar hahaha ala sian adik kakak. Muncung-muncung pun mina still manja dengan Hanis tau! Tidur pun nak juga sekatil dengan Hanis padahal dia pun ada katil sendiri lahai comelnya perangai anak syurga ni sayang sangat!

Alolo budak kecik majok

Malam hari ke-5 kami ada taklimat untuk pergerakan ke Makkah esok selepas Zohor. Jemaah lelaki dikehendaki mencuba memakai kain ihram masing-masing. Pantang larang semasa dalam ihram diterangkan lagi sekali sebagai peringatan terakhir kepada semua para jemaah Umrah.

bersambung...(PART 5)


Jumaat, 12 Mei 2017

Pengalaman Umrah dan Ziarah (PART 3)

9:36 PG 2 Comments
Assalamualaikum,





Ok kita pergi ke hari seterusnya iaitu hari ke-3. Post ini bersambung dari post sebelumnya (KLIK SINI) Pada hari ketiga, para jemaah dibawa menaiki bas untuk sesi lawatan. Destinasi yang kami lawati adalah Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh dan Ladang Kurma. 

Pertama sekali, kami mengambil peluang untuk menunaikan solat sunat di Masjid Quba'. Agak ramai juga orang di Masjid itu sebab masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk solat di situ. Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid an-Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad (SAW) Saws.jpg sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari MakkahMasjid Quba dianggap antara masjid paling suci dalam pegangan penganut agama Islam, mengikut turutannya ialah Masjidil Haram (Makkah), Masjid an-Nabawi (Madinah), Masjidil Aqsa (Baitulmuqaddis), Masjid Quba (Madinah). Masjid Quba disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas dasar taqwa.

Hasil carian imej untuk masjid quba

Kemudian kami pergi melihat Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh. Masjid Qiblatain merupakan sebuah masjid yang mempunyai 2 kiblat. Pada mulanya masjid ini dikenali sebagai Masjid Bani Salamah. Masjid ini terletak sekitar 7 kilometer dari Masjid Nabawi, Madinah. Pada mulanya,orang islam melakukan solat dengan mengadap ke baitul Maqdis (Masjid Aqsa') . Pada ketika itu Rasulullah sedang solat mengadap ke Baitul Maqdis namun tiba-tiba turun ayat dari Surah Al-Baqarah ayat 144 yang yang menyuruh baginda solat mengadap Masjidil Haram, Mekah. 

Hasil carian imej untuk masjid qiblatain

Seterusnya, Masjid Tujuh. Masjid ini merupakan gabungan dari tujuh masjid kecil, yang sebenarnya hanya enam masjid ditambah dengan Masjid Qiblatain yang dikunjungi dalam waktu yang bersamaan sehingga disebut dengan Masjid Tujuh. Tidak ada perintah dari Nabi S.A.W maupun dalil syari'at yang menunjukan atas keutamaan mengunjungi masjid-masjid ini. Kami hanya melihat masjid tujuh dari jauh sahaja tanpa turun dari bas.

Berkas:Sab'u Masajid.jpg

Destinasi terakhir untuk hari ini adalah ladang kurma. Ada kedai disitu macam-macam dijual tau! Rambang mata saya hahaha. Ada pelbagai jenis kurma,kekacang,coklat dan sebagainya. Kami tidak masuk pun dalam ladang kurma itu sebab masing-masing busy shopping lagipun cuaca agak panas lebih kurang 40 celcius. 



Kemudian kami bergerak pulang ke hotel... seronok tetapi agak penat disebabkan cuaca yang agak panas.

bersambung... (PART 4)

Khamis, 11 Mei 2017

Pengalaman Umrah dan Ziarah (PART 2)

11:11 PG 4 Comments
Assalamualaikum,



Hai semua, hari ini Hanis akan sambung mengenai pengalaman Hanis di Madinah dan Mekah semasa Umrah dan Ziarah. Haritu Hanis berhenti di part Perkuburan Baqi' dalam part 1 (KLIK SINI). Sini ada video paklang Hanis, Yusof Husin tengah ikut berlari semasa proses membawa jenazah ke perkuburan tersebut. Orang arab ni bukan macam kita tau bawa jenazah berjalan tetapi diorang bawa dalam keadaan berlari-lari anak. Tengok yee =)

video

Hanis dan keluarga pula tidak melepaskan peluang untung mengunjungi Muzium Al-Quran yang terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi. Bukan selalu dapat pergi ke Madinah ni,alang-alang tu masuklah singgah sambil bergambar...Bukan kena bayar pun hihihi

Pintu keluar Muzium Al-Quran




Alatan yang digunakan untuk menulis khat




Al-Quran terbesar






Khat Al-Quran

Semasa kami masuk ke Muzium Al-Quran ketika itu,kami berempat sahaja orang Malaysia,yang lain dari negara lain agak ramai datang segerombolan jemaah. Jadi seorang jurupandu indonesia memberikan penerangan kepada kami ketika itu. Macam-macam bahasa Hanis dengar masa dalam muzium tu tau hahaha sebab ramai jemaah dari pelbagai negara yang juga mengunjungi Muzium tersebut. (tu yang tak fokus sangat dengar penerangan sebab sibuk duk dengar bahasa lain kehkehkeh,maafkan seorang insan bernama Hanis...)


p/s : minta maaf atas kualiti gambar yang kurang memberangsangkan.


bersambung... (PART 3)




Selasa, 9 Mei 2017

Pengalaman Umrah dan Ziarah (PART 1)

10:58 PG 5 Comments
Assalamualaikum,




Hai semua, maaf lama tidak memunculkan diri sekian lama. Alkisahnya selepas hari terakhir di IPB dalam beberapa hari selepas itu Hanis bersama umi,abah,adik dan paklang pergi mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah. Kami pergi pada tarikh 18 April 2017 sehingga 29 April 2017. Selepas itu 2 Mei 2017 Hanis sudah memulakan latihan industri,itu yang tidak menyempat nak update blog ni padahal sudah lama terfikir hendak tulis pasal ni hehehe. Jadi harini Hanis nak kongsi sedikit pengalaman Hanis sepanjang berada disana.

Kami bertolak dari Malaysia pada jam 1 petang. Perjalanan dari Malaysia ke Madinah mengambil masa lebih kurang 8 jam lebih. Haa lupa nak cakap,kami pergi Madinah dulu bukan Mekah so tak payah nak berihram dulu hehehe. 



Actually itu pertama kali Hanis naik flight dalam umur dah besar ni dulu pernah naik pun waktu kecil so jujur memang tak ingat apa hahaha. Semasa kapal terbang itu nak berlepas sumpah Hanis rasa nak muntah hahaha beg muntah dah siap koyak tau! hahaha gelak sikit... Bila dah dekat atas tu baru lega sebab sudah stabil,tapi bila tengok luar...nauzubillah (terpegun tapi takut)

Kami sampai di Airport Madinah pada jam 5 ke 6 petang lebih kurang macamtulah sibuk urus passport dengan beg so tak perasaan sangat jam berapa. Dari Airport Madinah tu kami menaiki bas untuk ke hotel kami di Madinah. Hanis sudah mengantuk teruk sangat masa tu...yang Hanis ingat selepas sudah siap makan semua masuk bilik tengok jam pukul 11:00 malam waktu Madinah. Malaysia sudah 4 pagi patutlah Hanis jadi ZOMBI !!! hahaha ikutkan sudah 4 pagi tau tetapi Hanis tidak dapat tidur lagi hahaha.

Seorang Hanis bila sudah kepenatan dan tidak cukup tidur memang akan tidur mati. Bangun-bangun tersedar tengok umi abah dengan paklang sudah hilang. Hanis berdua je dengan adik yang kecil (Nur Azmina). Rupa-rupanya diorang semua pergi solat subuh di Masjid Nabawi. Disebabkan Hanis tidak pergi jadi memang tidak ada gambar Hanis. So Hanis bagi gambar ayah Hanis di Masjid Nabawi =)



Dalam jam 10 pagi jemaah perempuan dibawa ke Raudah di dalam Masjid Nabawi. Untuk pengetahuan semua,Raudah adalah tempat mustajab berdoa =) Tetapi agak jauhlah bagi jemaah wanita untuk masuk ke raudah. Dan ada waktu tertentu sahaja yang jemaah wanita dibenarkan memasuki raudah. Kalau jemaah lelaki boleh masuk bila-bila masa dan pintunya pun dekat sahaja.



Minta maaflah memang tidak dapat ambil gambar dalam Raudah. Memang ramai sangat orang dalam tu,nak solat pun susah. Tapi bila dapat doa dalam tu puas sangat hati =) . Sesiapa pergi ke Madinah jangan lepaskan peluang masuk ke dalam Raudah tu tau. Korang doalah apa-apa yang korang mahu didalam Raudah tu,InshaaAllah makbul =)

Paklang Hanis pula tidak melepaskan peluang untuk pergi ke Perkuburan Baqi' . Perempuan tidak boleh pergi tau perkuburan Baqi' jadi Hanis ambil gambar dari paklang Hanis sahaja.





bersambung...(PART 2)



Follow Us @hanismasturina