Jangan berputus asa

Hasil carian imej untuk doodle assalamualaikum

            Pernah tidak korang alami rasa putus asa? Rasa macam tak boleh nak buat something macam tak mampu nak bawa? Jujurlah , Hanis pernah banyak kali rasa putus asa sangat . Contohnya macam bila Hanis belek-belek buku Financial Accounting sampai habis buku,masyaAllah luluhnya rasa hati ini hanya Allah yang tahu . Rasa nak fed up pun ada . Padahal subjek akaun ini bukan Hanis tak pernah belajar malahan dah ada basic dah pun . Semua dalam buku ini Hanis dah belajar masa SPM dulu tapi nak mengingatnya payah sangat ! Mungkin juga rasa putus asa sebab Hanis tak pernah sangka yang Hanis akan sambung belajar benda yang bersangkut paut dengan subjek akaun ini . Tak sangka langsung tau! Dulu masa SPM siap pernah kata Hanis tak nak dah sambung akaun lepas SPM ni... Now? Hambek kau !


            Kadang pernah terfikir , kalau lah dapat undur balik waktu Hanis pilih course Haji umrah bukannya course muamalat ini , kenapa lah Hanis tukar course padahal surat tawaran haji umrah dah dapat pun . Tetapi bila difikir-fikir balikkan, takdir hidup yang Allah tentukan untuk Hanis ini dah cukup indah dah . Cuba bayangkan Hanis undur waktu dan amik haji umrah? Mana nak jumpa roommates yang perfect macam sekarang ini bukan ? Ingat senang ke nak jumpa roommates yang sekepala macam ini? Roommates yang faham kita, tak buat hidup kita serabut, dorang sentiasa ada bersama Hanis even kadang-kadang Hanis buat sombong dengan orang luar sebab dorang terima Hanis seadanya . Diorang takde nak judge perangai Hanis and label macam-macam seperti sesetengah orang sekarang . Jujurlah, Hanis selesa dengan diorang . Senang kata tak payah fake !  Dekat asrama, Hanis just jadi diri sendiri dengan perangai sebenar yang hanya diorang bertiga je tahu . Macam mana annoying nyer hanis,ratu air mata nyer hehe nampak je kuat but hanya diorang yang tahu . Hidup Hanis rasa relax sangat tau menyanyi menari sesuka hati. Eh? hahaha #tetiba


Hasil carian imej untuk doodle assalamualaikum

  
             Allhamdulillah , Allah sayangkan Hanis . Even dekat kelas Hanis bukan seorang yang menonjol tetapi Hanis selesa dengan keadaan ini . Hanis bahagia dengan life sekarang . Lagi seronok dari zaman sekolah kot! Oppss hahaha . Orang kutuk umpat tu benda biasalah Hanis malas nak amik peduli . Tak nak dah jadi fake senyap je macam dulu semata-mata nak nampak baik dimata manusia . Dan tak nak jadi lembut macam dulu sampai orang pijak kepala ! Hanis sekarang diam memang diam sebab malas nak sibuk hal orang . Tapi kalau cari pasal memang kena balas but Hanis cuba bersabar dulu selagi mampu . Kadang terlepas jugak sorry . Berubah demi kebaikan tidak salah bukan? Percayalah, kawan sekolah tak akan kenal Hanis di kolej dan kawan kolej tak akan pernah kenal Hanis disekolah . Macam orang yang berbeza . Manusia boleh berubah bukan? 





              Kesimpulannya , bersyukurlah dengan jalan kehidupan yang telah Allah tetapkan untuk kita . Kita bertemu bukan kerana kebetulan tetapi kerana perancangan Allah . Allah tentukan Hanis amik course muamalat ini juga mungkin bersebab . Maybe sebab Hanis memang boleh bawa course ini ataupun ada sesuatu sebab yang lain . Yang penting, jangan putus asa ! Mohon kuat semangat untuk belajar dan terus belajar . Insha Allah, aku boleh !!! Tolong doakan Hanis yee ~ Terima kasih =)



p/s : Jemput Join Segmen Blogwalking =)





            

4 comments

  1. Salam hanis! Akak feel you. Yes akak x suka bab bab kira ni. STress. Tapi every sem time dip msti ada pgiraan tuhan jela tahu. Redah je la. Shbt lect bnyk bantu. Syukur la time degree sem mula mula je ada.

    Alhamdulillah. DOnt give up hanis. Moga Allah permudahkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam akak . Kann huhu kena kuat semangat ! Terima kasih sebab doakan Hanis =)

      Padam