USAHA dan TAKDIR .

Hasil carian imej untuk usaha dan takdir allah tumblr

"Perancangan manusia itu USAHA, penentuan Allah itu TAKDIR .

Setiap manusia dimuka bumi ini mestilah ada menyimpan cita-cita ataupun impian bukan? Manusia merancang untuk apa yang mahu kita lakukan bagi mencapai kejayaan pada masa hadapan . Tidak kiralah perkara kecil atau besar . Usaha itu penting . Tapi takdir itu ketentuan Allah . Allah menentukan sama ada usaha kita itu berhasil atau sebaliknya . 

Kita ada impian . Impian untuk berjaya , impian untuk cemerlang dalam pelajaran , impian untuk berjaya dalam kehidupan , impian untuk hidup senang . Impian untuk menggembirakan hati semua orang yang kita sayang dan banyak lagi . 

Apa guna impian kalau tiada usaha ? Angan-angan kosong . Tidak berguna, tidak membawa faedah . Berusahalah semampu yang boleh untuk mencapai impian kamu . 

Tercapai atau tidak itu takdir Allah . Kita sebagai manusia perlulah berusaha semampu yang boleh . Jika masih gagal, mungkin itulah takdir buat kita . Kita hanya sekadar mampu merancang dan berusaha tetapi Allah yang akan menentukan segala-galanya .

Jangan kita sedih kerana ketentuan Allah itu jauh lebih baik daripada apa yang kita rancangkan . Janganlah kita berputus asa dengan apa yang berlaku sebaliknya terimalah ketentuan Allah dengan tenang dan redo' .

2 comments