Semah & Pikachu

Assalamualaikum ,

Selama Hanis berblogging ini tak pernah lagi Hanis cerita pasal kawan Hanis bukan? Jadi apa salahnya harini Hanis coret sikit pasal kawan-kawan Hanis ni . Today Hanis start dengan 2 orang insan yang paling rapat dengan Hanis sekarang ini . Paling SAYANG hehehe . 




First , Noor Asmah . binti tak perlu kot diberitahu . Nama manjanya "semah" , "cenah" "mah" dan "budak kecik" . Kenapa budak kecik? Sebab dia kecik hahaha . Orangnya kecik je pendek kehkehkeh . Sangatlah berbeza dengan diri Hanis ini . Kalau jalan sebelah sudah nampak macam mak dengan anak darjah 6 hahaha semah jangan marah . Perbezaan badan tak menghalang kami berkawan tau ! Sweetkan kami kihkihkih . Dia ni badan je kecik tapi... mulut dia tak payah cakap . Bukan mulut tempayan tau , dia ni baik tau tapi suara dia nyaring kau hahaha kecik je comel gila . Serius talk dia ni jenis caring sangat (terharu) dan pandai bagi nasihat (boleh bikin nangis beb) . Cuma dia fail dalam bab memujuk ! hahaha sebabnya dia pulak merajuk adoi semah oii Hanis yang pening !!! Kelebihan dia yang paling ketara adalah dia ni PANDAI MENGEMAS TAU ! Tak tahu mana datang kemahiran itu terlalu bagus dan bersih dia kemas . Hanis jeles sangat dengan kemahiran dia tu sebab emm emm Hanis tak pandai mengemas sangat kihkihkih malu i nak cakap...





Next, Syafiqah . Nama manja "pika" . Tapi Hanis rasa cute je kalau panggil dia "pikachu" hehehe but Hanis rasa Hanis sorang je panggil dia macamtu haha barulah unik ye dak? Memula Hanis kenal dia ni serius ingat dia sombong . Mungkin sebab muka dia (dia pun mengaku sendiri) tapi rupa-rupanya minah ni tak sombong pun but MANJA GILA ! Dia ni jenis yang tidak mudah amik hati . Dia tidak peduli apa orang nak kata pasal dia,nak kutuk dia . Seriusly sado betul si pika ni ! Jenis yang matang dalam berkawan . Tak kesah kena tinggal sorang je still relax . I tabik u pika hahaha . Pika ni ada pakwe namanya "pakwe saya hensem" hahaha semah bengang gila dengan gelaran yang pika bagi pada pakwe dia tu. Pika dengan semah selalu bergaduh hahaha Hanis biar je dua-dua malas nak masuk campur dan malas nak leraikan . Seronok tengok korang gaduh bergegar satu aspuri dengan jeritan diorang! Walaupun persahabatan kita tidaklah terlalu lama bermula , but Hanis rasa Hanis sudah mulai selesa dengan pika . Happy dapat kawan macam pika ni yang selalu support kami (Hanis dan semah) .

Allhamdulillah , Hanis bersyukur dapat kawan yang faham Hanis , dapat terima perangai annoying Hanis yang selalu nangis tak bertempat . Cengenglah katakan hahaha . Terima kasih Ya Allah kerana telah mengurniakan mereka dalam hidup Hanis =)


Sekian,

4 comments

  1. Hehehe seronok membaca, mai dulu pun jarang kawan berdua je, kawan baik mesti bertiga ataupun berlima... meriah asrama uols.

    BalasPadam
  2. Yup betul memang kalau berkawan selalu bertiga tak tahu kenapa hahaha dari sekolah tadika bertiga je tapi tukar-tukar orang lah . Meriah asrama bila kawan-kawan bergabung meletup ! hahaha

    BalasPadam
  3. best kan ada kwn macam ni, unni pun ada kwn siap kami kena gelanr GPG kat hostel dulu.. geng pengambur girls.. means geng budak perempuan suka buat kecoh.. hahahahahah.. rindunya kat dorang masing da jauh bawa diri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uish dasyatnya hahaha siap ada gelaran tu paling tak tahan hahaha

      Padam