Post Top Ad

Ahad, 8 Januari 2017

SAPS Ibu Bapa - Semakan Keputusan Peperiksaan

Assalamualaikum ,


Apa itu SAPS Ibu Bapa ? SAPS merupakan singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memberikan kemudahan kepada ibu dan bapa bagi menyemak keputusan peperiksaan anak-anak mereka yang bersekolah secara online .

Sebagai ibubapa kepada anak-anak yang masih bersekolah , ibubapa haruslah sentiasa memantau perkembangan prestasi anak-anak mereka disekolah walaupun agak sibuk dengan pekerjaan . Ibubapa haruslah peka dengan perkembangan prestasi pelajaran mereka bagi menjamin masa hadapan anak-anak . 

Cuba anda ingat kembali, bila kali terakhir anda check keputusan peperiksaan anak -anak anda? Dan bila kali terakhir pasangan suami dan isteri berbincang mengenai prestasi skor yang anak anda dapati? Tidak pernah? Jangan macam itu, ibubapa seharusnya mengambil berat mengenai hal pendidikan ini .

Dalam zaman moden yang menggunakan teknologi internet ini , tiada alasan untuk para ibubapa tidak dapat memantau dan mengetahui keputusan peperiksaan anak-anak yang bersekolah samaada sekolah rendah ataupun sekolah menengah . Semuanya menjadi mudah bagi ibubapa dengan kewujudan SAPS Ibubapa ini yang membolehkan ibubapa mengakses laman web ini dengan hanya menggunakan hujung jari dan jaringan internet dimana-mana sahaja .


Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat satu sistem online bagi membolehkan ibu bapa membuat semakan keputusan anak-anak mereka secara online iaitu SAPS Ibu Bapa yang direka bagi membolehkan keputusan peperiksaan diakses dengan mudah untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5.

Sebelum wujudnya sistem semak keputusan peperiksaan SAPS ibu bapa ini , ibubapa perlu hadir ke sekolah setiap kali habis musim peperiksaan untuk memeriksa keputusan anak-anak . Namun dengan kewujudan SAPS Ibu Bapa ini , ianya memudahkan urusan ibubapa yang kadangkala tidak mempunyai masa untuk kesekolah akibat sibuk dengan urusan kerja .


Sistem SAPS ini juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan NKRA ialah National Key Result Area. Sistem ini dicipta oleh kerajaan bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan Negara kita.

Untuk memeriksa secara online sila klik di sini --> SAPS Ibu Bapa - Semak Keputusan Peperiksaan.

Anda digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa.

Jika anda menggunakan website official atau website lain, ia akan menyukarkan proses semakan kerana server tidak dapat menampung pengguna yang banyak dalam satu masa. Jadi melalui website yang saya cadangkan, insyaAllah tiada lagi isu tertekan dan kecewa sewaktu menyemak keputusan peperiksaan anak-anak kerana server down . InshaAllah ianya dapat memudahkan urusan kita =)



Saps Semakan Ibu Bapa boleh diakses melalui online, dan keputusan-keputusan yang boleh ibu bapa dapatkan daripada sistem SAPS ini ialah keputusan-keputusan setiap peperiksaan, dari murid darjah 1 hingga keputusan murid tingkatan 5. Selain itu, keputusan UPSR, PT3 dan SPM juga akan diupdate ke dalam sistem SAPS NKRA ini. Sangat memudahkan urusan ibu bapa dengan menggunakan SAPS ini !

Dengan wujudnya kemudahan ini , diharapkan ibubapa terus memanfaatkan kemudahan ini dengan sebaik mungkin . Sila ambil berat mengenai pelajaran anak-anak kerana ibubapa adalah tulang belakang anak-anak . Ibubapa seharusnya memberikan galakan kepada anak-anak agar terus berusaha untuk mencapai yang terbaik dalam pelajaran . Jadikan sistem ini kepada batu loncatan untuk mendidik anak-anak . 

Diharap dengan kewujudan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah online ini, tiada lagi kes anak-anak menyorokkan keputusan peperiksaan , anak-anak meniru tandatangan ibubapa dan ibubapa menjadikan alasan sibuk dengan pekerjaan sehingga tiada masa memantau perkembangan prestasi anak-anak disekolah . Tiada lagi alasan okeyyy !!!


Semoga dengan perkongsian Hanis pada hari ini dapat memberi manfaat kepada ibubapa diluar sana yang masih belum mengetahui tentang kewujudan sistem SAPS Ibu Bapa ini . Anda boleh share artikel ini untuk membantu lebih ramai orang mengetahui lebih lanjut mengenai SAPS Ibu Bapa online ini .

Sekian,






Januari 08, 2017 / by / 3 Comments

3 ulasan:

  1. CR pun gune website ni bila nak check result anak buah. Senang je terus dapat result.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul...zaman sekarang mudah sahaja , semua dihujung jari hihi

      Padam
  2. Terima kasih sudi berkongsi ia nampak mudah Dan senang Hanya online jer

    BalasPadam

Post Top Ad