Post Top Ad

Khamis, 2 Februari 2017

Cerebral Palsy (CP)

Assalamualaikum ,


Semalam Hanis sekeluarga pergi melawat anak kawan umi yang terkena sawan di Hospital Putrajaya . Megat Zulkarnaine atau dikenali sebagai Abu merupakan kanak-kanak OKU yang mempunyai penyakit Cerebral Pasly sejak dari lahir lagi. Cerebral Pasly ini menyebabkan anggota badan Abu keras dan kejang.

Apa itu Cerebral Pasly (CP) ?

"PALSY" bermaksud KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTOT. 

Kanak-kanak Cerebral Palsy (sebahagian besarnya) mengalami kerosakan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan ketidakupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan menegakkan badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan diperingkat awal bayi dilahirkan- ketika bahagian otak berkembang dengan pesat.



Apa yang menyebabkan Cerebral Pasly ini terjadi ?

SEMASA PROSES KELAHIRAN 

*Kelahiran tidak cukup bulan 
*Kecederaan semasa lahir 
*Lemas semasa lahir 
*Jangkitan semasa lahir

 SELEPAS KELAHIRAN (SEBELUM BERUMUR 3 TAHUN)

*Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) – demam kuning 
*Jaundis yang teruk (kemicterus)
*Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal.


Dalam kes Abu ni , dia lemas semasa lahir .


Tanda-tanda penyakit Cerebral Pasly (CP)

1) Perkembangannya lambat
2) Gangguan Penglihatan
3) Gangguan Pendengaran
4) Anggota sendi yang lemah (kurang pergerakan)
5) Kurang cergas / lemah
6) Kejang
7) Sukar makan atau minum
8) Sukar bernafas
9) Sukar bercakap
10) Pergerakan terbatas / terhad
11) Sukar duduk , berguling , berjalan
12) Sendi kaku


Abu merupakan salah seorang kanak-kanak yang menjalani terapi pemulihan di PDK Rumah Kaseh Putra Perdana yang terletak di Puchong , Selangor .

PDK merupakan singkatan kepada Pemulihan Dalam Komuniti yang memberikan terapi dan sokongan kepada kanak-kanak kurang upaya untuk menjalani kehidupan yang lebih baik . 

PDK Rumah Kaseh Putra Perdana adalah pusat pemulihan dalam komuniti yg memberi latihan kepada insan istimewa (oku) supaya dpt menjalani kehidupan kendiri. Buat masa sekarang terdapat lebih kurang 30 kanak-kanak OKU yang menjalani terapi disana dan jumlah ini akan bertambah dari masa ke semasa .

Disebabkan oleh jumlah pelatih OKU yang semakin bertambah , PDK Rumah Kaseh telah berpindah ke tempat baharu yang lebih luas dan selesa bagi kanak-kanak OKU menjalani latihan dan terapi. Dibawah ini adalah alamat baharu PDK Rumah Kaseh Putra Perdana:-

No. 2 , Jalan Putra Perdana 6/27 , Taman Putra Perdana , 47130 Puchong , Selangor .


Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan terus ke akaun PDK Rumah Kaseh Putra Perdana

AM Islamic
2342022004671

Untuk maklumat lanjut bolehlah ke Facebook PDK Rumah Kaseh (KLIK)






Februari 02, 2017 / by / 27 Comments

27 ulasan:

  1. Perkongsian maklumat yang bagus. Teruskan menulis.

    BalasPadam
  2. insyaAlalh dengan sedikit bantuan dpt meringankan beban.amin

    BalasPadam
  3. get well soon :) may allah bless this child :)

    BalasPadam
  4. Thanks for sharing. Baru tahu ada rumah pemulihan untuk anak-anak Cerebral Pasly (CP) ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome. Btw rumah pemulihan ini untuk semua kategori oku termasuklah down sindrom,autism,cp dan banyak lagi 😊

      Padam
  5. Good info..moga ada insan2 yg sudi membantu PDK Rumah Kaseh ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaaAllah...mohon doa semua ye ☺️

      Padam
  6. Anak syurga..SA pun ada kawan yang mempunyai anak cerebral palsy..kawan SA tabah dan kuat swmangat menjaga anak syurga ni.. keperluan pun mmg mahal..terima kasih diatas perkongsian...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu perbelanjaan semuanya berganda dari jaga anak normal. Smoga kwn SA trus kuat dan tabah menjaga anak syurga ini ☺️

      Padam
  7. Anak syurga ni. Hanya insan terpilih saja yg dapat rasa pengalaman jaga anak syurga

    BalasPadam
  8. Good info. Dapat belajar sikit" tentang benda baru. Lega rasanya bila tau memang ada komuniti" yang sudi membantu

    BalasPadam
  9. So sad for the children. Their parents must be very tough to take care of them.

    BalasPadam
  10. Terima kasih atas perkongsian ini. Baru tahu punca2 cerebral palsy ni. Moga keluarga anak-anak syurga ini diberi kekuatan dan ketabahan demi anak2 ini.

    BalasPadam
  11. thanks for sharing. i pun pernah visit to CP centre dekat penang sini.
    hopefully more sumbangan can goes to them.

    Hwajing Royal High Tea

    BalasPadam
  12. Allahu... semoga dipermudahkan urusannya dan keluarganya. Perkongsian yang bagus. Cukup informatif dan menyedarkan.

    BalasPadam
  13. Thanks sharing... Anak anak ni istimewa sangat. Ujian besar untuk ibubapa mereka.

    BalasPadam
  14. Informasi yang bagus. Ruby hanya tahu autism aje. Sebab keadaan mereka lebih kurang kekadang. Semoga anak ini lebih disayangi dan kita yang normal ni cuba faham keadaan parent yang menjaga anak istimewa ni.

    BalasPadam
  15. Ya anak istemewa terutamanya dari kalangan yang mengidap Cereberal Palsy (CP) ini, memerlukan penjagaan khas dan juga alat bantu menguruskan mereka. Kebanyakkan alat-alat bantu ini adalah dari luar negara dan amat mahal.

    BalasPadam
  16. Ooo baru tahu. Kesiannye. Semoga mak ayah dia tabah menjaga dia. Anak istimewa rezeki dia lebih.

    BalasPadam
  17. Biasa dengar cerebral palsy ni, tapi tak pernah tau simptom2 nya. Ooh begitu ya keadaan mereka, subhan Allah semoga mereka di beri kasih sayang dan perlindungan sepanjang tumbesaran dan semoga pengasuh mereka di beri kesabarandan barokah dalam mendidik anak2 istimewa ni, Ameen

    BalasPadam
  18. Terima kasih di atas perkongsian ini. Moga masyarakat kita lebih prihatin dan menyayangi semua.

    BalasPadam
  19. Saya tahu juga tentang sakit CP ni. Mereka memamg memerlukan penjagaan khas dan lebih tumpuan. Marilah kita bantu apa yang boleh.

    BalasPadam
  20. Semoga Allah merahmati usaha baik Hanis, dan dipermudahkan urusan anak syurga ini. Thanx for sharing.

    BalasPadam

Post Top Ad