Semester 6 Diploma Pengajian Muamalat IPB

Assalamualaikum,



Semester terakhir yang sangat sibuk. Hai semua, Hanis kembali hehe setelah sekian lama menghilangkan diri kerana terlalu sibuk dengan semester terakhir iaitu semester 6 yang pendek. Faham-faham sahajalah semester terakhir banyak benda nak kena settelkan lagi-lagi sem ni selama 7 minggu sahaja. Terkejar-kejar semua benda tau!

Selepas berakhir semester 6 pada bulan 4 ini, Hanis akan menjalani latihan industri selama 5 bulan bermula bulan Mei. Takut pula nak masuk praktikal, takut banyak buat salah huhuhu. Hanis dapat tempat pratikal di sebuah agensi yang menawarkan pakej Haji dan Umrah serta percutian lain. Pada mulanya Hanis apply praktikal untuk bahagian Admin tetapi setelah ditemuduga Hanis diletakkan di bahagian Sales and Marketing pulakkk... Haa sudah macam mana pula Hanis nak tarik customer ni? Mampukah Hanis? Hanis akan cuba yang terbaik!!!



Ini gambar bebudak kelas Hanis. DPM6B! Hurm Hanis akan merindui semua nanti. Selepas ini mesti susah nak jumpa mereka ni semula. Masing-masing akan teruskan life masing-masing. Lepas habis praktikal nanti mungkin ada yang sambung degree, terus kerja ataupun terus kawin. Semoga semua dapat mencapai apa yang dihajati ye kawan-kawan semua. Terima kasih buat segalanya =)

Lagi satu, habis sahaja semester 6 ini InshaaAllah Hanis dan keluarga akan pergi mengerjakan Umrah. Jadi Hanis nak minta doa dari semua semoga perjalanan kami berjalan dengan lancar. Hanis juga nak menyusun 10 jari memohon maaf atas salah silap Hanis sepanjang berblogging ini. Kalau ada tersakitkan hati ke, terperli ke,terlewat pos hadiah giveaway ke...Harap dimaafkan ye. Terima kasih semuaaaa!!!

Sekian,

0 comments