Post Top Ad

Khamis, 5 Oktober 2017

KPP Test- Tips LULUS Ujian Undang-Undang Berkomputer

Assalamualaikum,

Hasil carian imej untuk Ujian JPJ (test komputer)

Pertama, Hanis nak ucapkan tahniah kepada mereka yang sudah mempunyai lesen memandu kereta dan menunggang motor yang sah. Bagi mereka yang masih belum mempunyai lesen memandu dan menunggang atau sedang mengambil kelas lesen diharapkan entri ini dapat membantu korang sedikit sebanyak untuk LULUS dalam Ujian Undang-Undang Berkomputer-KPP Test atau lebih dikenali sebagai "Test Komputer". 

Apa itu Ujian Undang-Undang Berkomputer?

Ujian Undang-Undang Berkomputer adalah ujian yang diwajibkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia kepada orang awam sebagai syarat kelayakan untuk mendapatkan lesen memandu dan menunggang. 

Bagi yang mengambil lesen untuk kereta atau motosikal sahaja, terdapat 50 soalan dan markah untuk lulus adalah 42/50. Manakala bagi yang mengambil kedua-dua jenis lesen ini sekali, terdapat 70 soalan dan markah untuk lulus adalah 59/70. 

Sebelum memulakan Ujian Undang-Undang Berkomputer yang sebenar, korang perlu menduduki Ujian Buta Warna. Ujian Buta Warna ini akan menentukan sama ada korang LAYAK/TIDAK LAYAK untuk membuat lesen memandu. 


Bagi yang BETUL kesemua soalan Ujian Buta Warna ini bermakna anda LAYAK untuk menduduki Ujian Berkomputer namun bagi yang statusnya TIDAK LAYAK jangan risau, jika korang betul-betul mahu mendapatkan lesen memandu korang perlu pergi ke Hospital untuk mendapatkan pelepasan dan kebenaran untuk mengambil lesen memandu.

Sebelum layak untuk menduduki Ujian Berkomputer ini, orang awam perlu menghadiri Kursus KPP01 untuk setiap jenis kelas lesen. 

Contohnya, Hanis mengambil lesen untuk B2 bagi motosikal dan D bagi kereta. Jadi Hanis perlu menghadiri 2 kelas KPP01 yang masing-masing memakan masa 6 jam untuk satu kelas. 

Selepas selesai menghadiri kursus tersebut, korang perlu menunggu panggilan untuk menduduki Ujian Undang-Undang Berkomputer. Sementara itu korang bolehlah baca buku Kurikulum Pendidikan Pemandu yang sekarang ini diwajibkan oleh setiap individu untuk memiliki buku sendiri kerana di belakang buku itu terdapat nombor siri masing-masing yang akan digunakan ketika menduduki Test Komputer nanti. Takde dah kongsi-kongsi buku ni...

Hasil carian imej untuk korikulum pendidikan pemanduan buku baharu

Apa? Buku tebal sangat? Tengok pun tak lalu nak baca... Sapa macam ni angkat tangan! Haa ni lah nak bagitahu. Kalaulah korang ni memang jenis SUSAH sangat nak baca buku sebab tak sanggup, Hanis ada 2 inisetif untuk korang. Zaman sudah modenlah, tidak semestinya tak baca buku tak boleh LULUS Test Komputer tu. Buku tu cukuplah kita dah hadap 6 jam masa KPP01, guna cara lainlah untuk buat ulangkaji takdelah bosan sangat kan? hehehe

Inisetif pertama. Korang bolehlah buka website ini (KLIK) untuk membuat latihan secara online. Ada latihan buta warna, Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan simulasi Ujian.


Inisetif kedua. Buka telefon pintar korang yang canggih itu, buka PlayStore dan cari "Ujian KPP- Lesen L" kemudian install. Hanis guna cara inilah untuk buat latihan sebelum menduduki Ujian Komputer tempoh hari. Jimat masa,jimat tenaga tak payah buka google pun cuma makan space sikitlah. Ala apa susah, dah lulus uninstall lah balik huhuhu. Jangan kedekut kalau nak lulus gaiss hahaha. 


Emm, tu sahaja kot perkongsian Hanis harini. Takkanlah korang nak Hanis bagi soalan bocor pulakkan... Lagipun soalan bocor tu memang takde kot, sebab diorang dah sediakan banyak set tau untuk kita. Takde can nak meniru pun kalau korang jenguk orang sebelah sebab soalan lain-lain. Tak susah sebenarnya nak LULUS Ujian Undang-Undang Berkomputer ni kalau korang baca buku. Paling malas pun boleh LULUS kalau  buat latihan guna 2 cara yang Hanis bagi seperti diatas. 

Goodluck semua !








Oktober 05, 2017 / by / 38 Comments

38 ulasan:

  1. Salam singgah sini....Akak dulu 2 minggu lepas ambil KKP01 terus ambil kelas komputer...Alhamdulillah lulus 49/50...hihi

    Tapi paling takut hari tu belajar masa time kat bukit...takut mundur ke belakang...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam terima kasih sebab sudi singgah akak. Allhamdulillah lulus mesti sekarang dah dapat lesen. Hanis tengah belajar lagi ni tak tahu nasib macam mana hahaha doa untuk Hanis agar dipermudahkan semuanya =)

      Padam
  2. wow, mmg susah ujian berkomputer ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang penting kena rajin buat latihan =)

      Padam
  3. Cheers to sharing the tips on this- certainly very helpful to those who would want to take the test :)

    BalasPadam
  4. I do know how the learning days are. They can be really hard too!

    BalasPadam
  5. oh wow, time i ambil test undang, xde pulak sistem komputer. :) good sharing

    BalasPadam
  6. Wow I'm sure these tips will be helpful to some people. My own test was so long ago. I know, I'm disclosing my age already. LOL

    BalasPadam
  7. Haha this reminded me of my days when I failed my test and the need to take it again hopefully the tips will be helpful for those who are taking it.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha it's okey . I also hope this tips can helpful =)

      Padam
  8. Wish I had this tips before I took the test! It's really beneficial for newbies taking the test! Thankfully I passed without paying any extra fee lolx... I know a few had to retake until they end up have to pay extra just to pass

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup its true. haha i hope this post can help many people...

      Padam
  9. Now the undang-undang look different from our time. My time is sit in the class and been given objective paper, then on the road drive, side parking, Up to the hill.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh nowday its used computer to save time and paper maybe hahaha

      Padam
  10. Sounds good and helpful. Thanks for sharing.

    BalasPadam
  11. dulu memang hafal buku tu kaw2 hahaha.. tapi lagi sikit memang nak skor penuh tapi apakah daya.. lulus ujian memandu last2 kad memandu jadi frame dalam beg dompet, hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh semangat dia hafal buku hahaha hanis tak rajin macamtu... jadi frame? hahaha

      Padam
  12. I remember about this exam! Thanks for the tips, for those who are going to take this exam in the future =)

    BalasPadam
  13. Ohmy I remember this exam! Thanks for the tips!

    BalasPadam
  14. saya masih ingat zaman saya ambil kertas undang-undang... mana ada versi komputer kan? haha....

    BalasPadam
  15. It looks a bit different than my time. Reading the book is really boring.

    BalasPadam
  16. Tak pernah pakai ujian berkomputer.. Dulu pakai bertulis, walaupun xde la bertulis mana... Sonang je soalannya.

    BalasPadam
  17. Ujian komputer ni memang susah.. kalau tak belajar. Yang penting ulang kaji 2 3 kali.

    Dan tenang.. pasti boleh lulus :)

    BalasPadam
  18. Kpp test ni selalu ramai yang fail..

    BalasPadam
  19. zaman teknologi guna komputer...zaman dahulu walaupun takde komputer..jarang kes 'keganasan' di jalan raya hehe..mungkin sbb kereta makin canggih hehe

    BalasPadam
  20. zaman akk dulu tak ada macam ni. banyak perubahan yang ada sekarang

    BalasPadam
  21. Ingat lagi lepas SPM dulu ambil test ni. Alhamdullilah lepas terus sekali test. Tak de lah susah sangat asalkan baca kan

    BalasPadam
  22. Dah 10 tahun kot masa ambil ujina ni masa tu memang cukup2 jer lulus heheheh tapi tips mudah jer dari saya kena baca betul2 soalan tu dengan teliti...

    BalasPadam
  23. Ika masa 4 thun lps . Sekali lulus sbb hari2 duk study.gigih betul study sbb x nk bayar lagi hehe

    BalasPadam
  24. Nasib baiklah lepas habis belajar terus ambil lesen. Masa kat bukit tu failed. Buat sekali lagi nasib baik lepas. Yanh penting jgn nervous. Lawak bila ingt semula masa bawa moto untuk ujuan kalan raya. Tak larat nak buat double stand! Hehe

    BalasPadam
  25. Lebih 10 tahun dqh ambil lesen ni, dulu takda berkomputer lagu rasanya

    BalasPadam

Post Top Ad